Wednesday 11 April 2018

KRISIS PADI? - Part 2


KRISIS PADI? - Part 2

Kita mula kenal watak Bang Chin, dalam Part One, KRISIS PADI?Bang Chin boleh disifatkan sebagai Pesawah Super. Anda mungkin ada gelaran yang lebih canggih buat personaliti seperti Bang Chin. 

Nak dijadikan cerita Bang Chin ada bangkitkan masalah had-hasil. Yakni hasil se hektar sukar melepasi had-ceiling yang ada. 

Ini kerana bila padi bertangkai sangat jenuh, buah lebat dan berat, pokok padi kerap tumbang. 

Apa Khabar TV pun segera menghubungi MARDI. Hasil tinjaun dengan MARDI kami akan siarkan pada 12hb April, bawah tajuk KRISIS PADI? - Part 3.

Video yang anda tengah saksikan ini ibarat dianyam dan dibelai oleh Allahyarham Zailan Abd Rahman. Sebak kami mengenangkan betapa teliti dan halusnya kerja Zailan. "Aku ingat nak tambah sikit lagi," dia beritahu penulis 2 hari sebelum dia kena stroke. "Zailan, aku tengok dah cukup terbaik ni. Ending pun strong." 

Semasa proses pembikinan video ini, Zailan ada membayangkan yang sebaik-baiknya kami ada develop content tambahan "The Making Of..."

Penulis punya background, Print media. Saya hanya mampu menulis. Sekali tu Zailan dan Pak Jun naik mesin tuai padi di Megat Dewa. Dua-dua ni sering jadi asyik. 

Turun-turun, Allahyarham bertanyakan cermin mata dia. Ada nampak dak? Kadang-kadang Zailan dan Pak Jun duduk menatapi padi lebih dari 10 minit. 

Hubungan manusia-padi bukan setahun jagung. Dah lama terjalin.

Pak Su Ramli Hanapiah dari Kg Padang Teluk sebagai contoh memberitahu padi "aku bukan nak makan sorang." Lain pesawah, lain pula dialog dengan padi. (Saksikan).

Team Apa Khabar TV yang ke Kedah dua kali bagi menebual pesawah dan pakar, ada 4 orang. Kesemuanya dari Kedah. Tapi walaupun dilahirkan di Jelapang Padi, banyak yang kami perlu belajar. Beza Sambau dengan Menerong pun dah susah nak jawab. Jenis penyakit padi. Baja. Tarikh matang. Benih kegemaran petani. Padi lalang. Selama ini, kita hanya asyik beritahu anak-anak supaya menatap keindahan padi menguning atau menghijau. Penulis sendiri tidak ada indepth content yang boleh dikongsi dengan anak-anak. 

"ILMU". Bang Chin sering sebut perihal ilmu. Kami wartawan yang dikatakan berpengalaman dengar pesawah berbicara, macam tengok orang main ping-pong. Terpingga-pingga.

Sebenarnya, dari dulu dah ada kerisauan.

Penulis pernah menjadi pemberita di Kedah dan di Perlis sehingga tahun 1992. Kita ada tanya soalan. "Tak berkurangan ka tanah sawah kalau duk pi buat rumah di bendang?". 26 tahun kemudian barulah ada penjelasan. 

So, Munaarfah Abu Bakar, orang JB yang kini menetap di Kedah "....you dengar penjelasan GM MADA. Nanti boleh bincang di sini."

Apa Khabar TV sering bertanya pesawah isu tanah. Dari generasi ke generasi saiz tanah yang dibahagikan pasti semakin kecil. Agak-agak boleh ka dijual serelung dan dananya dilabur dengan membeli atau menyewa tanah bendang yang lebih ekonomi?

Bila Zailan dan Pak Jun naik mesin tuai padi, penulis berbual dengan Haji Ismail Omar, 73.

"Ayah tinggal bendang 3 relung pada dua beradik. Saya jual 1. 5 relung dengan harga RM16, 000 serelung pada 1985. La ni dah ada 14.relung"

Haji Ismail tunjuk resit jualan padi terbaru. Hasil tidaklah terlalu memuaskan. Tapi Haji Ismail tidak ada bibit kerisauan. 

Ada rakan yang bertugas di jabatan berkaitan ingatkan Apa Khabar TV yang jualan padi dapat serentak, untuk semusim. Perlu dibahagikan untuk dapat jumlah sebulan..

Ada experts yang menyifatkan industri padi sebagai industri strategik, bukan industri komersial. 

Salah seorang aktivis Padi Rescue berkata penglibatan dalam industri padi adalah bagi menunaikan Fardhu Kifayah. 

Secara amnya, ya memang kurang sesuai digunakan perkataan "lumayan" untuk describe hasil padi. Permasalahan Pak Tani adalah real dan perlu diberi perhatian.

Pada masa yang sama, sudah ada angin perubahan. Teknologi dan tenaga muda merupakan pencetus baru. 

Penulis berbual dengan Mohamad Ariff, 26, Mohamad Fitri dan Md Radzi Md Akib yang mengendalikan mesin tuai padi. Pendapatan sebulan pada musim padi - RM5,000 sebulan. Diluar musim mereka bekerja di bengkel membaiki jentera. Mereka ada kecenderungan ke arah engineering dan teknologi. Dari bangku sekolah lagi dah impikan mengendalikan mesin tuai padi. "Lepas kelas terus ke sawah, tumpang naik mesin padi. Gambar kegemaran pun gambar mesin padi," kata Fitri.

Agaknya lah, padi boleh jadi lumayan sekiranya ianya dikendalikan sebagai bisnes. Perlu ada jentera dan tanah bendang yang meluas. Diurus secara profesional, sepenuh masa.

Ikuti nanti kisah yang begitu dekat dengan hati sanubari kita. Apa Khabar TV sekadar berkongsi pengalaman. Kami sebenarnya baru belajar selok belok industri padi dan beras.
https://www.facebook.com/ApaKhabarNews/videos/879115102268146/UzpfSTEwMDAwMjAwNzU1NTkxODoxNjY4MDAwMTMzMjc2ODg5/

No comments:

Post a Comment

KRISIS PADI? - Part 2

MyApprenticeship

Satu Juta Lagi Peluang Pekerjaan Baharu Sejuta lagi peluang pekerjaan baharu untuk rakyat menerusi MyApprenticeship. Menjanjikan empat ...