Friday, 15 December 2017

ASFA50 Baka Durian Terbaik Kacukan, Tembaga, Musang King, Duri Hitam dan Udang merah


Mengenali spesis baru Durian Di Raja ASFA50.

Secara ringkas nya, pewartaan spesis Durian Di Raja ASFA50 ini telah di lakukan pada 17 Mei 2017 di Kangar, Perlis oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 50 tahun yang juga hari keputeraan baginda yang ke 74 tahun.



ASFA50 itu membawa maksud 'Anniversary Sirajuddin Fauziah of the 50th'
Harga pasaran yang telah di tetap kan oleh M/s Super Hitech Industrial Sdn Bhd (pemilik spesis baka/anak pokok durian ini) ialah RM150 sepokok.




Durian Diraja Asfa50 adalah kombinasi baka durian yang tahan lasak yang dikahwinkan melalui proses Bud Grafting dengan 4 baka durian premium & terbaik buat masa kini seperti Tembaga,Musang King, Duri Hitam & Udang Merah.
Proses penyatuan melalui Bud Grafting ini menjadikan Durian Diraja Asfa50 mudah ditanam oleh siapa sahaja walaupun tanpa ilmu pertanian yang tinggi. Ianya mudah dan tidak cerewet.



Sebelum baka ini dikeluarkan untuk pasaran ianya telah melalui 7 tahun proses R&D sehingga mencapai beberapa karaktor unik seperti:-
- Maksima ketinggian pokok dijangka sekitar 10 - 12 kaki sahaja
- Mula berbuah seawal berumur 3 tahun berbanding yg lain 4 hingga 9 tahun
- Mampu berbuah 2 kali setahun
- Akar tunjang dijangka tidak akan merosak kan stuktur binaan sekira nya didalam kawasan perumahan terhaf.
- boleh ditanam dalam pasu besar sekiranya tiada kawasan untuk ditanam
- bagi penanaman komersil, ianya hanya memerlukan jarak 15 - 20 kaki sahaja diantara 1 pokok ke 1 pokok yang lain berbanding 40 kaki kebiasaannya
- jangka hayat pokok sekitar 30 hingga 40 tahun
- memiliki 80% kandungan gas lebih rendah berbanding kebiasaan durian lain menjadikan durian ini kurang berbau dan dijangka tidak menjadi halangan jika dibawa masuk kedalam hotel maupun kapal terbang satu masa nanti



Untuk penanaman komersil, sebanyak 191 batang pokok boleh ditanam di tanah berkeluasan 1 ekar dengan kadar 15 kaki diantara pokok

Rasa buah nya lemak kelemakan, manis yang tidak melampau dan bercampur sedikit rasa pahit yang memang sesuai dengan cita rasa pencinta durian. Warna tidak terlalu kuning dan tidak berbau kuat seperti durian yang lain. Isi nya tebal dan mudah dimakan manakala bijinya kecil sahaja. Kulit buah durian ini nipis menjadi kan ruang nya dipenuhi isi sepenuhnya.

Buah Durian Diraja Asfa50 sudah pun di isytihar kan sebagai buah Diraja kedua selepas Mempelam Harumanis




Untuk pembelian anak pokok durian Diraja ASFA50, Sila hubungi kami ditalian :
0173762859 (Kamal).

Atau tinggalkan pesanan di: www.wasap.my/60173762859/

Keratan Akhbar

* untuk kemudahan pelanggan, kami menyediakan khidmat penghantaran percuma untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur dengan pembelian  minima 2 anak pokok. Tambahan RM20 untuk penghantaran di luar Kuala Lumpur dengan maksima jarak 30 kilometer radius dari lokasi kami.


5 comments:

  1. mothong durian diraja thailand.asfa50 durian diraja malaysia.Tuanku menghabiskan berjuta ringgit untuk kajian dan penyelidikan asfa50.

    ReplyDelete
  2. durian ni berantu jugak deh

    ReplyDelete
  3. rm150 sepokok, jenuhhhhhhh. tapi dah bebuah nnt senang2 ja bulih balik modai tu

    ReplyDelete
  4. Nak kena try tanam pokok hibrid sebab durian pun mahal sgt...

    ReplyDelete
  5. Dah tak ada pokok sendiri ketika ini... nak tak nak kena beli juga jika nak makan durian kan...

    ReplyDelete

KRISIS PADI? - Part 2

MyApprenticeship

Satu Juta Lagi Peluang Pekerjaan Baharu Sejuta lagi peluang pekerjaan baharu untuk rakyat menerusi MyApprenticeship. Menjanjikan empat ...