Oleh Rashid Yusof
Terkejut kita. Hari dah malam masa kali pertama sampai di kedai Man Udang, Teluk Intan. Tahun 2013. Sunset dah lama berlabuh.
Dato Ahmad A. Talib dah pesan. Sampai sana, kau jumpa owner. Selalunya dia tak pakai baju. Kata aku kirim salam.
"Assalamualaikum tuan," kita pun bagi salam. Orang ni memang tak pakai baju. Reaksinya kata omputeh, bersifat nonchalance. Selamba saja. "Tok Mat kirim salam."
Nampak beliau macam suka sikit. "Baru sampai dari KL ka? Duduk la. Nak udang A ada B pun ada ....."
Wahhhh..bila dah nak buat pilihan, kita pun tanya pelan pelan pada brother yang ambil pesanan. "Sekilo berapa ni bos?". 70 ringgit. Pantas jawapan.
Seisi keluarga pun membuka langkah. Dah selesai makan, siap bungkus lagi
Jangan tak bungkuih bawak balik.
Owner kedai, yang diberi nama Man Udang ni tak bergerak nampaknya. Dia punya dental fortification ada kesan roboh. Biasalah tu.
Suasana betul betul aman la.
"Ishhh..sekali lagi. Memang nak kena mai siang sikit, tengok sunset dan beli udang galah segar."
Alhamdulillah terlaksana. Hero lah katakan. Peluang macam gini jarang kita persia siakan.
Baru baru ini sahabat sahabat kita, Zailan dan Zul kata baguih ni kalau kita pi buat cerita Man Udang. Jom.
Mus, hang call Man Udang. Hang kan orang Teluk Intan. Kata kita nak sampai awai.
"RY, Man kata boleh sangat. Dia memancing di laut malam sebelum tu. Dia kata jumpa dia kedai jam 2.30 petang."
Kami sampai sejam awal. Dah ada satu Chinese couple duk tunggu. Tunggu apa agaknya depa ni?
Sharp 2. 30pm this couple segera ambil kedudukan, lantas sampai la mee udang. Dari mana ni? Mana? Melaka!!
Man Udang dah ada perubahan. Sampai kedai tepat jam 2.30. Itu memang etika kerja dia. Dan, berbaju.
"Awak (awak tu saya la) kena balik tidur kejap. Ombak kuat. Nanti awak datang balik."
Datang-datang balik dah segar. T-shirt kiranya lawa. Tembok pergigian belum terbina. Tapi wataknya cergas dan ceria. Sangat articulate rupanya dia. Thought process beliau ada clarity. Ini lah antara orang yang drive perkembangan perniagaan udang galah di Teluk Intan.
Umur 47. Berbadan besar dan sememangnya towering personality. Dia antara pioneer perniagaan udang galah di Teluk Intan. Umur 9 tahun dah berani dan mampu berenang across Sungai Perak ke seberang.
Beliau mencipta nama sebagai pemancing udang galah paling hebat. "Mana ada orang yang berani ambil duit dulu. Orang nak 10 kilo. Awak cakap "boleh.".
Seterusnya dia kembangkan perniagaan udang galah. Ha kalau di darat panggil ladang. Di sungai kawasan kawasan mancing dan tangkap udang galah kaedah-kaedah lain di panggil "lapang".
Siapa yang bertandang ke kedai Man Udang boleh interbiu beliau sendiri mengenai tradisi "lapang" ni.
Man Udang ni sangat gigih. Beliau berwawasan. Tuan Pegawai Daerah ketika nak buka kedai makan kuat memberi motivasi. Jangan setakat jual udang Galah segar. Mesti perkenalkan masakan masakan Udang Galah!
Dah 7 tahun lamanya perniagaan tepi sungai ni. Ada 3 tukang masak. Sentiasa sibuk. Yang booking meja dan order siap siap pun ada.
Apa Khabar nak mencadangkan saudara saudari buat short road trip ke Teluk Intan. Kalau dari KL, exit di Sungkai. Ha dah dekat tu.
meleleh ayaq liuq woiiiii
ReplyDelete