Thursday 21 December 2017

Hantu Nasi Kandaq

Misi Memartabat Nasi Kandar Melayu Asli

Nasi di kedai-kedai terkemuka di Kedah kekuningan. Ia hasil tumisan minyak yang digunakan untuk goreng lauk. Ini antara perbezaan utama Nasi Kandar Melayu Asli yang berpusat di Alor Star dengan Nasi Kandar Penang.
Chef Nabil, anak kelahiran Padang Jambu, Kangkung, mengakui masih dalam peringkat R&D bagi menambah baik komponen-komponen utama Nasi Kandar Melayu Asli. Beliau berazam mendapatkan ramuan rempah terbaik.
Sekarang ni pun Chef Nabil menghasilkan rempah sendiri dan memasak
semua juadah di restoran beliau - Hj Ramli by Chef Nabil di Seksyen 13, Shah Alam.
"Saya sedang mencuba sample rempah giling yang dihantar kenalan dari Kedah," kata Chef Nabil di restoran beliau.
Sebelum memulakan perniagaan restoran di Shah Alam, Chef Nabil belajar dari Hj Ramli, restoran yang disukai ramai di Simpang Empat Kangkung, Kedah.
Chef Nabil yang terkenal dengan siri Menu Alam TV Al Hijrah, mendapatkan kebenaran Hj Ramli untuk menggunakan nama brand ini.
"Kini setelah setahun kami beroperasi saya sedang memikirkan beberapa pembaharuan, " kata Chef Nabil.
Ends
Zawawi

4 comments:

  1. dengaq ja nasi kandaq, satu badan mengeletaq teruih....

    ReplyDelete
  2. Nasi kandaq belah utara punya memang piauwww punya la... ketagih oooo

    ReplyDelete
  3. pa ada dadah oooo, tu yang depa pakat ketagih kor noo

    ReplyDelete
  4. sedap sungguh ka nasi kandaq ni.... hangpa biaq betoi naaaa

    ReplyDelete

KRISIS PADI? - Part 2

MyApprenticeship

Satu Juta Lagi Peluang Pekerjaan Baharu Sejuta lagi peluang pekerjaan baharu untuk rakyat menerusi MyApprenticeship. Menjanjikan empat ...